Begini kisahnya…Saya Mommy Gee melahirkan anak Sulung, pada March 2011, setelah bertarung dgn kesakitan yg teramat, Lahirlah seorang Puteri Comel dinamakan Aqilah Najlaa’ (Si bijak bermata cantik), hilang segala kesakitan tatkala pertama kali memandang Puteri Kecil ku.
Najlaa' Ketika Bayi |
Namun naluri Keibuan saya tidak ingin mempercayai pendapat Dr…pasti ada penyelesaiannya, lalu di bawa berjumpa Pakar Perubatan Islam Ustaz Sharhan, popular Ustaz ni…kami dimaklumkan Tangisan Berpanjangan ini, bukan hal yg boleh dianggap remeh, ini satu bentuk gangguan, kami diajar tentang ayat2 ruqyah dan beberapa ayat lagi untuk dijadikan pendinding.
Setelah itu, Najlaa dibawa berjumpa seorang lagi ahli perubatan islam yg sgt zuhud dan lembut bicaranya, Sheikh Amin… beliau sgt saya hormati, beliau mengajar pelbagai perkara berkaitan perubatan Islam, ayat ayat pendinding, cara penyediaan minyak angin dan makjun dan tidak pernah meminta wang malah tidak pernah menerima sebarang bentuk imbuhan kecuali makanan. Yea laa takkan makanan nak tolak yea.
Dari situlah saya mengetahui sikecil saya hijabnya terbuka, Sheikh Amin bukan sahaja merawat, tetapi mengajar saya bagaimana utk merawat sendiri anak saya… Semoga Allah memberkatinya, Sejak itu saya meruqyahkan Najlaa setiap hari 3x sehari bagi memastikan makhluk halus tidak boleh datang dekat, since Njalaa akan nampak…dan meruqyahkan minyak angin yg saya buat sendiri dgn tunjuk ajar Sheikh Amin, untuk dijadikan pendinding, yea laa saya bukan setiap masa membaca Quran, dan bila dihantar ke nursery saya tak mampu melindunginya...hanya Allah.
Selain itu…pelbagai isu yg timbul berkenaan minyak angin bayi yg tidak halal,oleh itu saya memilih lebih baik mengelak perkara syubhah, saya mengambil inisiatif utk menghasilkan minyak bayi sendiri.
Setelah itu ramai yg ingin membeli hingga ke Sabah Sarawak dan Brunei darulsalam.. Menyedari permintaan yg tinggi saya rasa terpanggil utk terus membuat minyak angin ini...lebih kepada utk membantu para ibu, kerana saya tahu betapa tertekannya bila melihat bayi menangis berjam jam lamanya.
Begitulah kisahnya bagaimana minyak Najlaa’ Baby Oil telah dihasilkan, sempena kisah perjuangan seorang Ibu utk melindungi anaknya. Oleh itu saya telah membawa minyak ini ke pasaran umum, demi membantu Ibu Ibu yg lain yg mungkin menghadapi situasi sama.
Najlaa' Kini..tolong mama packkan Najlaa' Herbal Oil utk Pemborong di Sarawak |
Sekian.Wallahualam
Assalamualaikum...mcm mana nk JD agent produk najlaa nie....
ReplyDelete