.

.

Thursday, August 15, 2019

13 UBAT SEMBUHKAN PELBAGAI PENYAKIT DARI LIMAU NIPIS-KASTURI, ANTARANYA KENCING MANIS


Limau Nipis/Kasturi merupakan sejenis pokok anugerah tuhan yang mempunyai begitu banyak manfaat. Berikut adalah 13 UBAT TRADISIONAL yang dapat disediakan dari  Limau Nipis dalam membantu kesembuhan beberapa penyakit.



1) UBAT BATUK

limau+kicap+garam = minumsetiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih insyaallah

2) UBAT DEMAM

Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesa kit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3) UBAT KETIAK

Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4) UBAT PENING KEPALA

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpan cut.

5) UBAT LELAH

Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6) UBAT

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7) UBAT

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8) UBAT BAJU TERKENA MINYAK

Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9) UBAT KELEMUMUR

Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10) UBAT CERMIN MATA

Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

11) UBAT KENCING MANIS

Ambil sebiji Limau Nipis atau Kasturi, sumbat sebiji garam kasar di dalam nya dan rebus dengan tiga gelas air. Rebus agak lama dari tiga gelas air hingga sampai airnya tinggal agak segelas dan hancurkan limaunya. Yang penting BIJI-BIJI limau tu dihancurkan guna senduk dan bila sudah hancur tapis air tu dan bila sejuk diminum.

Perlu sedia makanan yang sedikit manis kerana biasanya selepas minum air limau itu, gula dalam badan akan Rendah.

12) UBAT DARAH TINGGI/ KOLESTROL

Limau kasturi mengandungi vitexsin. Jika anda mengidap penyakit darah tinggi atau kolesterol, anda bolehlah amalkan minum air limau nipis sebanyak dua kali sehari. Caranya, ambil 1-2biji limau nipis, perah dan minum airnya bersama segelas air.

13) UBAT AWET MUDA

Limau kasturi mengandungi antioksida Phloretin - lebih tinggi dari epal dan teh hijau.
Anti oksida melawan penuaan. Selain itu ia juga mengandungi Asid Ferulik - untuk hilangkan kedut pada kulit.  Nikmatnya sebagai minuman nanti anda awet muda

Terima Kasih, semoga bermanfaat
Info dari pelbagai sumber







No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Widgets