.

.

Wednesday, January 25, 2017

Who is the SIFU NajLaa Baby Skincare ?

Imam Asy Syafi’i ra. mengatakan: “Tiada ilmu tanpa sanad.”.
Berkata Imam Asy Syafi’i ra.: “Orang yang belajar ilmu tanpa sanad guru bagaikan orang yang mengumpulkan kayu bakar digelapnya malam, ia membawa pengikat kayu bakar yang terdapat padanya ular berbisa dan ia tak tahu” (Faidhul Qadir juz 1 hal 433)

Berdasarkan penulisan di atas oleh ulama-ulama islam, ternyata ilmu berguru sangat penting. Bak kata pepatah “Sesiapa yg belajar ilmu tanpa berguru maka syaitan adalah gurunya”, mengikut Imam Zahabi mereka ini “ Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu”.

Bukan sahaja dalam hal agama kita perlu berguru, dalam aspek aspek lain sekali pun seperti kesihatan, kehidupan, industry kimia, bioteknologi, ketenteraan, KOSMETIK dan sebagainya kita perlu belajar dari guru. Sebab itu ijazah dan sekolah penting dalam peradaban manusia.


Mungkin anda tertanya-tanya siapakah guru atau sifu Najlaa Baby Skincare, sehingga produk ini diguna ramai orang dan terdapat beribu-ribu testimony tentang kebaikkan dan kesembuhan setelah menggunakannya.

Produk Najlaa dihasilkan seorang ibu yang berjuang untuk kesihatan anaknya sendiri yang menderita sawan tangis, eczema serta batuk selsema. Dan kemudiannya kebaikkan produk ini telah dikongsikan dengan masyarakat umum sebagai usaha murni untuk membantu kanak-kanak dan bayi yang sakit.Tentu anda ingin tahu, siapakah GURU yang mengajar ibu tersebut untuk menghasilkan produk yg hebat dan terbaik ini. Untuk menghasilkan sesuatu produk penjagaan kulit yang BAGUS, TERBAIK dan SELAMAT, Gurunya tentu Hebat.


Memperkenalkan guru atau sifu produk bayi Najlaa, Prof Dr Luigi Rigano. Beliau mempunyai Ijazah Industri Kimia di State university Milan Italy pada tahun 1970. Bekerja sebagai Pengarah Teknikal Kosmetik dan terlibat dalam “research development” penghasilan barangan kosmetik yang pelbagai seperti make-up, mandian, sunscreen, detergen etc

Pada tahun 1986, Prof Dr Luigi Rigano menubuhkan “ Rigano Industrial Consulting & Research” . Organisasi ini mengkaji formula kosmetik, penggunaan bahan mentah dan sebagainya serta “ quantification and consultancy on International norms” Beliau juga merupakan Pengarah Lab ISPE. Lab ini membuat kajian saintifit kosmetik.

Prof  Dr Luigi Rigano juga merupakan pensyarah industry kosmetik di beberapa buah universiti. Beliau, merupakan consultant kosmetik untuk ‘Milan Justice Court” dan  telah menulis lebih 150 kertas kajian saintifik berkanaan kosmetik yang dipublish journal-journal antarabangsa.



Salah seorang anak murid insan hebat ini yang telah belajar untuk menghasilkan barangan penjagaan kulit kosmetik di bawah pemerhatian teliti Prof Dr Rigano adalah Puan Gee pengasas dan certified formulator produk NajLaa Baby Skincare.


Ilmu tanpa Guru, Ibarat Ingin terbang Tanpa Bulu


2 comments :

  1. Moga produk najlaa berkembang maju selamanya
    Fb: Aathirah Hashim
    aathirah.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn. Thank You Sis. Moga dimurahkan rezeki oleh Allah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Widgets