.

.

Thursday, September 1, 2016

Lempoyang Herba Hutan Anti-Kanser Serviks, Rawat Pelbagai Penyakit

Lempoyang merupakan tumbuhan herba dari jenis halia dan juga biasa dipanggil halia hutan. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah. Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun.Tumbuhan ini  terdapat dikebanyakan negara tropika. 

Antara kegunaan lempoyang ialah untuk mengubati:- kurang selera maka, sesak nafas, bau badan, gaut, anemia dan kecacingan

LEMPOYANG MERAWAT KANSER SERVIKS

Menurut ketua penyelidik kajian berkenaan manfaat lempoyang  daripada Institut Biosains UPM, Dr. Ahmad Bustamam Abdul , herba hutan itu mempunyai kemampuan rawatan yang sama seperti ubat antikanser komersial selain tidak membunuh sel-sel normal manusia.

“Teknologi ini selamat dan ia mempunyai kemampuan tinggi membunuh sel-sel kanser pangkal rahim serta mengurangkan komplikasi pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi,” ujarnya yang juga bertindak sebagai pensyarah dan penyelidik di Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

Jelas Ahmad Bustaman, bahan yang menjalani ujian pra klinikal itu terbukti mampu memberi dos terapeutik tinggi yang selamat.

Selain Ahmad Bustaman, sebanyak lima penyelidik lain yang terlibat dalam kajian itu termasuklah Profesor Dr. Rashedee Abdullah, Profesor Mohd. Aspollah Sukari, Profesor Datuk Tengku Azmi Tengku Ibrahim, Doktor Murali Syam Mohan dan Profesor Madya Siddiq Ibrahim Abdel Wahab.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Widgets