Menjalani tempoh berpantang sememangnya perkara
yang sangat mencabar buat ibu terutama sekali bagi yang pertama kali melahirkan
anak. Penjagaan selepas bersalin adalah sangat penting untuk mengembalikan
kesihatan ibu setelah mengandung dan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan
juga naik turun tahap kesihatan. Ada yang mengamalkan 44 hari
berpantang, 100 hari berpantang. Ini panduan jadual berpantang secara
traditional buat ibu-ibu, terutamanya yang terpaksa berpantang sendirian.
7.30 PAGI
|
Penjaga:
Jerangkan rebusan air daun-daun herba untuk mandian.
Ibu: Susukan
bayi atau pum susu supaya penjaga boleh berikan pada bayi ketika ibu
berurut/mandi
|
7.45 PAGI
|
Bertangas
selama 15-20minit .
Caranya mudah
sahaja. Periuk yang mengandungi air rebusan daun-daun herba terdiri daripada
daun sirih, daun jambu batu, daun pandan, daun serai wangi, daun seringan,
daun lengkuas akan diletakkan di bawah kerusi berongga dan kemudian
ditutupkan dengan kain.
RAMUAN LAIN:
Sesetengah
orang mengamalkan bertangas menggunakan campuran asam gelugur, garam jantan,
daun sirih, daun inai, halia, manjakani.
|
8.00 PAGI
|
Selesai
bertangas, air rebusan tadi akan dicurahkan ke dalam besen dan dicampurkan
dengan air paip sehingga suam-suam. Mandi bersihkan diri, elakkan mandi basah
kepala.
|
8.20 PAGI
|
Bertungku.
Selesai mandi, keringkan badan dan mula bertungku di kawasan perut dan
dibelakang bahu.
Tungku panas
hendaklah dibalut daun mengkudu. Sebelum bertungku sapukan dengan Herbal Oil Najlaa untuk cepat pulihkan urat.
|
8. 40 PAGI
|
1. Berurut.
Biasanya mula berurut bada hari ke-6, dilakukan 7 hari berturut-turut.
Kemudian pada hari ke-36, akan dilakukan “Selapan” iaitu urutan sengkak
rahim.Untuk urutan badan ibu boleh gunakan campuran Herbal Oil Najlaa dan Essential Oil Najlaa. Herba herba didalam minyak cepat memulihkan kesihatan ibu dan wangian essential oil bagaikan terapi.
2. Selesai berurut,
sapukan perut dengan campuran kapur sirih dan perahan limau, pakaikan
bengkung.
3. Kemudian sapukan
param dan pilis. Jika ibu merasa rimas dgn param dan pilis, boleh sahaja gantikan dengan Baby Balm Najlaa, sangat berkesan untuk elakkan ubun ubun di masuki angin dan bagus untuk membuang angin badan.
4. Sentiasa
berstokin ketat untuk elak angin masuk. sapukan Herbal Oil atau Baby Balm Najlaa dahulu untuk pulihkan urat.
5. Pakai baju
lengan panjang, rambut diikat bunjut.
|
9.30 PAGI
|
Sarapan. Air
kopi O dan roti putih/biskut kering.
Penjaga
mandikan dan siapkan bayi pula.
|
10.00 PAGI
|
Ibu rehatkan diri.
TIPS:
·
Duduk bersimpuh. Kaki tidak boleh dibuka luas
·
Sewaktu berbaring jgn alihkan badan kekiri dan kekanan
sesuka hati
·
Elakkan bergerak cergas dan mangangkat benda berat
AMALAN:
Amalkan minum
air rebusan akar kayu, air rebusan halia dan lada hitam, lagi mudah gunakan
jamu bersalin dan rebus manjakani ,minum airnya. Buah manjakani sgt
berkhasiat untuk memulihkan otot dalaman faraj, mengawal lender, mengecutkan
tisu.
|
12.30
TENGAHARI
|
Lunch. Ambil
nasi sekepal panas.
AIR: Elakkan
minum banyak air, akan menyebabkan peranakan lambat bercantum.
Ambil air suam.
Dilarang keras minum minuman berAis
MAKANAN:
Elakkan sayur dan buah-buahan sejuk spt jambu batu, kekacang, nenas, tumbuhan
menjalar, nangka, labu, kobis, tembikai dan nasi sejuk.
Elakkan makanan
gatal spt makanan laut, telur, dan ayam, daging. Digalakkan makan lada hitam,
halia, sup, kunyit dan ikan, elakkan ambil ikan berbisa atau gatal.
|
4.30 PTG
|
Penjaga: Jerang
air mandian dan panaskan tungku.
Ibu: Susukan
bayi atau pump susu
|
5.15 PTG
|
Bertangas dan
mandi petang
|
5.45 PTG
|
Bertungku di
perut dan belakang bahu
|
6.00 PTG
|
Berbekung,
pilis pakai semasa hendak tidur atau guna saja Baby Balm Najlaa
|
6. 30 PTG
|
Dinner. Kalau
boleh makan sebelum maghrib.
|
8.30 MLM
|
Supper. Kalau
lapar ambil Kopi O/ Milo panas dan roti putih atau biskut kering
|
10.00 MLM
|
Tidur.
Tinggikan bantal 3-4 biji. Jangan lupa sapukan Baby Balm NajLaa di kaki dahulu dan berstokin ketat
|
No comments :
Post a Comment