Assalamualaikum Saya Gee, Pengasas Gee Alma Nusantara seorang dietitian, sport dietitian dan cosmetic formulator. Sebagai seorang dietitian saya mempelajari nutrien-nutrien yang diperlukan pelbagai penyakit dan sakit kulit. Lalu saya gabungkan pengetahuan tentang keperluan nutrien ini ke dalam kosmetik. Maka terhasillah produk penjagaan bayi Najlaa Baby Skincare. Diantara produk tersebut adalah :
1) Baby Balsam, 2) Nourishing Lotion, 3) Herbal Cream-Eczema, Nappy Rash, 4) Essential Oil- Skin & Hair, 5) Herbal Oil- kembong dan sawan tangis, 6) Sakura Soap, 7) Serum-penjagaan kulit bermasalah.
Saya pada asalnya mula menghasilkan barangan penjagaan bayi untuk puteri sulung saya Aqilah NajLaa yang mengalami sawan tangis serius dan eczema, serta adiknya Uwais yang mengalami batuk selsema sehingga di masukkan ke hospital. Setelah anak saya sembuh, saya berkongsi kebaikkan produk ini dengan kawan-kawan, sehingga menjadi buah mulut dan mula berkembang dengan sendirinya dari daerah ke daerah, negeri ke negeri sehingga ke luar negara kini.
Saya pada asalnya mula menghasilkan barangan penjagaan bayi untuk puteri sulung saya Aqilah NajLaa yang mengalami sawan tangis serius dan eczema, serta adiknya Uwais yang mengalami batuk selsema sehingga di masukkan ke hospital. Setelah anak saya sembuh, saya berkongsi kebaikkan produk ini dengan kawan-kawan, sehingga menjadi buah mulut dan mula berkembang dengan sendirinya dari daerah ke daerah, negeri ke negeri sehingga ke luar negara kini.
Kesihatan yang baik penting buat bayi dan kanak-kanak. Dunia mereka, kadar tumbesaran serta perkembangan minda dan fizikal dipengaruhi oleh kesihatan. Di NajLaa kami mempercayai sentuhan alam semulajadi adalah yang terbaik buat bayi, dan mempunyai kuasa kesembuhan semulajadi. Oleh itu NajLaa Baby Skincare mengetengahkan konsep Green and Natural. Kami menghasilkan produk kesihatan dan penjagaan bayi menggunakan herba herba segar organik yang di tanam sendiri serta mengelakkan sebarang penggunaan bahan kimia berbahaya kepada kulit dan kesihatan bayi.
Prof Dr Luigi Rigano |
Prof Dr Luigi Rigano merupakan Industry Leader dalam bidang kosmetik dunia. Beliau juga merupakan Pensyarah Kosmetik di Bologna dan Bari Universiti, Italy serta Universiti Ferrara, di Fakulti Cosmetology Master Pharmacy. Prof Dr Rigano juga seorang penyelidik dan penulis 150 lebih pelbagai Scientific Paper berkenaan kosmetik.
Pengasas Gee Alma bersama Dr Luigi Rigano dan Dr Noella |
Sepanjang perguruan dengan Prof Dr Luigi Rigano, pengasas Gee Alma Nusantara telah mempelajari bagaimana menghasilkan formula kosmetik ( Cosmetic Formulator), teknik teknik yang betul, bahan bahan yang diperlukan dalam penghasilan kosmetik, isu isu semasa dan banyak lagi. Beliau juga telah berpeluang untuk mempraktikkan semua teori yang telah dipelajari, dengan menghasilkan barangan penjagaan kesihatan dan kecantikkan di dalam lab di bawah pemerhation Dr Luigi Rigano.
Pengasas Gee'Alma Nusantara sedang menghasilkan BB, CC dan DD Cream. |
Diantara barangan yang dihasilkan dengan tunjuk ajar yang teliti oleh Prof Dr Luigi Riganao adalah 5 jenis Hydro Gel, Ubat Gigi, Deodorant, 15 jenis lotion dan cream serta BB, CC dan DD cream. Dengan ilmu dan kelayakkan yang ada, kami akan terus memberikan yang TERBAIK untuk para bayi, dengan menghasilkan barangan penjagaan dan kesihatan bayi yang terjamin Selamat, Berkesan dan Terbaik. Kami peneraju dalam gerakkan menghasilkan produk bayi berasaskan tumbuhan hijau. Ianya selamat untuk bayi anda, rumah anda dan bumi ini.
Yang Benar,
Puan Gee
Pengasas Gee Alma Nusantara
Dengan Penuh Rasa Cinta untuk Para Bayi,
No comments :
Post a Comment