Penyakit kulit Atopic Eczema adalah rasa gatal disebabkan oleh inflamasi pada kulit yang kronik dan berulang-ulang. Ruam-ruam merah yang gatal (kadang-kadang timbul gelembung-gelembung kecil berisi air pada kulit bayi) akan menjadi semakin tebal apabila digaru berulang kali.
Atopic Eczema juga di gelar Atopic Dermatitis. Penyakit kulit ini sering di kaitkan dengan genetik allergi. Selalunya ahli keluarga pesakit mempunyai penyakit-penyakit tersebut seperti asma (lelah), resdung (allergic rhinitis), konjuktivitis atau alahan kepada debunga.Ia bukanlah sejenis penyakit berjangkit.
Bagaimanakah rupa Atopic Eczema?
Atopic Eczema biasanya bermula ketika seseorang itu masih bayi atau kanak-kanak.
- Semasa bayi, bahagian kulit yang kerap terlibat adalah kawasan muka, lengan dan kaki.
- Bagi kanak-kanak pula, kawasan lipatan badan seperti lipatan lengan, belakang lutut dan leher sering terlibat. Penyakit ini, juga boleh melibatkan pergelangan tangan, tapak tangan, pergelangan kaki dan tapak kaki.
Gambar contoh Eczema |
Apa yang menyebabkan Atopic Eczema?
Atopic Eczema adalah penyakit imun sistem atau sistem ketahanan tubuh. Perubahan dalam sistem ketahanan tubuh menyebabkan penyakit ini. Fungsi kulit sebagai pelindung terjejas dan menyebabkan kekeringan disamping terdedah kepada jangkitan bakteria dan virus. Terdapat perlbagai faktor termasuk alahan, jangkitan, perubahan emosi, iklim dan pengaruh persekitaran lain yang turut menyumbang kepada punca penyakit Atopic Eczema.
Bagaimanakah Set Eczema Najlaa membantu masalah Eczema?
Set Eczema NajLaa mengandungi 3 produks, iaitu Herbal Cream, Serum dan Sakura soap. Fungsi Herbal Cream adalah untuk meredakan ruam-ruam eczema. Manakala Serum yang dirumus daripada tumbuhan semulajadi dan mempunyai kelembapan yang tinggi berfungsi melindungi kulit sensitif daripada menjadi kering dan gatal-gatal. Selain itu, memandangkan kulit eczema sangat sensitif kepada sabun mandi biasa, kami menghasilkan Sakura Soap, sabun herba berkelembapan tinggi untuk melindungi kulit.
Bahan asas utama ketiga tiga produk ini ialah, minyak kelapa dara yang tinggi laurik asid. Badan manusia menukarkan laurik asid menjadi monolaurin, yang bersifat anti-virus dan anti-bakteria. Monolaurin membantu memerangi penyakit seperti dermatitis, herpes, influenza, cytomegalovirus, dan bahkan HIV.
9 Cara bagi merawat dan menjaga kulit eczema.
Berikut adalah saranan penting cara-cara penjagaan kulit pesakit yang menghidapi Atopic Eczema :
- Jangan menggaru,menggosok dan mengopek kulit. Kulit akan semakin teruk dan lambat sembuh.
- Elakkan penggunaan sabun mandi, bahan kimia atau sabun pencuci pakaian yang terlalu kuat atau boleh menghakis kulit. Seperti “bubble bath”, garam mandian (bathing salts) atau minyak wangi boleh mennyebabkan inflamasi lebih teruk .
- Rajin-rajinlah menyapu HERBAL CREAM dan serum. Krim ini bersifat antiseptic dan dirumus bagi menyediakan rintangan pada kulit untuk mencegah dari di jangkiti kuman. Selain itu serum melembapkan kulit dalam tempoh yang lama.
- Pakaian-pakaian yang diperbuat daripada bulu (wool) dan linen boleh menyebabkan kulit lebih gatal. Pakaian yang diperbuat daripada kapas adalah terbaik.
- Ketika berada di persekitaran yang kering atau sejuk, adalah amat penting untuk menggunakan serum untuk mencegah inflamasi kulit dari menjadi lebih teruk.
- Jangan menyimpan mainan-mainan yang berbulu (soft toys).
- Elakkan penggunaan penyapu atau feather duster.Penyapu sebegini akan menyebabkan habuk berterbangan. Gunakan kain lap yang lembap untuk membersihkan permukaan yang berdebu.
- Elakkan daripada menggunakan karpet di rumah.
- Jika boleh, elakkan dari memelihara binatang.
Ada masalah eczema ? Anak anda menderita Eczema? Jangan tunggu lagi dapatkan Set Eczema ini yang mengandungi Minyak Kelapa Dara dan Herbal Cream NajLaa. Bebas kimia bahaya dan sangat semulajadi.
Berminat Hubungi:
Agen-agen Najlaa Berdekatan anda atau di Shopee
No comments :
Post a Comment