Cinta untuk Najlaa'... sebuah kisah cinta sejati yang ku titipkan buat semua. Hari demi hari dengan sabar ku menanti kelahiran bayi sulung ku.Ada sebuah kisah menarik yang berlaku ketika kandungan semakin membesar.
MIMPI NUZUL QURAN
Pada malam 17 Ramadhan 2010, malam Nuzul Quran sebuah mimpi yang terindah menyapa tidurku. Aku bermimpi berada di langit, di atas awan. Cahaya putih melimpah di awanan. Di situ terdapat beberapa mata air jernih mengalir. Aku duduk bersandar di sebuah batu, melihat sekumpulan wanita muda, sebaya usia, berjubah putih, tinggi, cantik dan ceria gembira. Sebahagian duduk dalam bulatan, sebahagian mengambil air sembahyang di mata air jernih.
Mereka mengalunkan bacaan al quran, sangat merdu dan aku mendengarnya sehingga azan subuh berkumandang. Ituu lah mimpi yang terindah pernah menyapa tidurku. Dan ia menjadi mimpi yang teristimewa, kerana bayi sulung sedang membesar dlm kandungan.
LAHIRLAH PERMATA INDAH
Setelah 9 bulan 10 hari, tanggal 22 March 2011 lahir lah permata indah yang kami namakan Aqilah Najlaa'. Yang membawa maksud... Si Bijak Bermata Cantik. Alhamdulillah... syukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang untuk pertama kalinya aku bergelar ibu. Wajah mulus Najlaa, ibu cium diiringi air mata.. tanda syukur kepada Ilahi.
Lama terkedu melihat Najlaa' anugerah Allah yang tiada tandingan. Wajah comel Najlaa' mama perhatikan sambil mengusap usap jari halusmu, kecil benar kau nak.
SAWAN TANGIS MENYERANG
Hari berganti hari...pada minggu ke dua Najlaa' diserang sawan tangis. Masyaallah... ujian ini amat berat. Najlaa' menangis dari jam 8 malam sehingga jam 8 pagi. Seluruh keluarga tidak keruan kerana tidak cukup tidur. Suami dan ibu ku jatuh sakit akibat berjaga malam.
Hati ibu mana yang tidak sedih melihat kau menangis begitu anakku....berlinang air mata ini sama laju dengan tangisan mu. Lalu aku membawa Najlaa berubat menggunakan perubatan islam. Terdapat 3 orang ustaz yang merawat Najlaa' dan salah seorang adalah Ustaz Syarhan dan Sheikh Amin.
Kerana terlalu cintakan mu anakku, Ibu sendiri belajar asas perubatan islam, bagi merawat sawan tangis Najlaa'. Hikmah di sebalik ujian ini, akhirnya aku menjadi lebih dekat dengan Allah, setiap hari aku sekurang kurangnya bertemankan Al-Quran sebanyak 3x, malah sering berjaga malam.
Sheikh Amin adalah orang yang paling lama merawat Najlaa', dia leluhur yang mulia dan penuh adab sopan. Sheikh Amin turut mengajarkan ibu bagaimana untuk membuat Minyak Angin utk bayi yang menangis malam. Dan ibu menghasilkan sendiri Minyak Angin Bayi untuk mu Najlaa dan akhirnya Minyak ini ibu hasilkan untuk para ibu di luar sana yang mengalami masalah sama.
KULIT SENSITIF
Najlaa' turut mengalami masalah kulit sensitif, banyak barangan penjagaan bayi di pasaran tidak sesuai untuk Najlaa'. Akibatnya akan tumbuh ruam ruam halus merah di badannya. Kau cinta sejati ibu Najlaa'... Ibu takkan biarkan kau menderita sebegini.
Akhirnya ibu mengambil keputusan untuk menghasilkan sendiri barangan penjagaan bayi untuk mu. Bukan calang calang kesungguhan ibu, bagi mendapatkan yang terbaik, Ibu berguru dengan Pakar Kosmetik Dunia Prof Dr Luigi Rigano dan pembantunya Dr Noella untuk belajar menyediakan barangan penjagaan kulit bermutu tinggi. Prof Dr Luigi Rigano merupakan Scientific Director of Institute of Skin Product Evaluation ( ISPE) , Milan Italy.
Najlaa'... sesungguhnya kau cinta sejati ibu. Melalui mu ibu belajar pelbagai pengajaran dan pengalaman. Terima Kasih Najlaa'. Sebagai tanda cinta sejati Ibu untuk mu, ibu pahatkan Nama terindah yang pernah menyapa hidup ibu... NAJLAA' pada produk penjagaan bayi yang diinspirasikan oleh bayi Najlaa'.
Kini Najlaa membesar sebagai anak yang ceria dan comel, tiada lagi sawan tangis, tiada lagi masalah kulit sensitif, membesarlah sebagai permata ibu yang solehah dan berimanlah kepada Allah dan Rasulnya anakku.
No comments :
Post a Comment