.

.

Thursday, September 1, 2016

Najlaa'... Kisah Cinta Sejati [ 1 ]


KISAH CINTA ROMANTIS

Namaku Gee dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikan ku banyak pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ianya sebuah kisah cinta yang jauh lebih mengkagumkan dari mana mana novela.

Cinta untuk Najlaa'... lahir dari sebuah perkahwinan romantis. Kami bertemu pertamakalinya kerana soalan matematik. Ya Matematik...Pelik tapi itu laa titik mula percintaan. Aku tak biasa dengan cinta... namun kasih sayang dan kprihatinan yang di tunjukkannya menyebabkan hati kami terus bertaut.


Pernah satu ketika aku merasa jengkel untuk terus bercinta dan memarahinya. Keesokkan hari, berpagian Ayah dan Ibunya tampil. Di saat itu aku membuat keputusan inilah Cinta sebenar. Seterusnya, bunga-bunga cinta semakin mekar, kami ke gerbang perkahwinan pada usia muda.


Sepertimana ramai wanita yang inginkan bayi setelah berkahwin begitu juga aku. Setiap hari menjadi rindu untuk menjadi ibu. Bila saja memandang bayi-bayi kecil, hati menjadi hiba. Saban waktu aku menanti berita gembira. Namun sebagai bekas pesakit, ovarian cyst aku sebenarnya takut dengan risiko mungkin mandul...mungkin tidak subur. Kasihan suami ...hari hari aku merasa begitu.

PREGNANCY TEST KIT

Aku teringat suatu ketika aku menyimpan banyak pregnancy test kit di rumah. Saban waktu aku mengharapkan berita gembira hu hu... namun tiada. Sehinggalah pregnancy test kit yang terakhir... masih segar di ingatan, tanpa pengetahuan suami aku masuk ke bilik air, Aku tidak memberitahunya, kerana bimbang keputusannya negatif... tak ingin suami yang dicintai merasa kecewa. Ya Allah benar kah ini...berkali kali ku kejip kejip kan mata... Moga benar apa yang ku lihat.

Lalu aku mendapatkan suami dengan pregnancy test kit di tangan... ituu lah... ituu lah saat di mana aku melihat wajah suami yg pendiam ketawa gembira... sungguh gembira, tengelam timbul suaranya aku tak ingat apa, kerana tertawan dgn wajah kegembiraannya. Alhamdulillah...ini lah hadiah untuk kasih sayang dan cinta mu.

KEMBARA SEORANG IBU

Bermula lah kembara seorang ibu...saban hari aku merasa perut semakin membesar. Suami menjaga rapi diri ku, rutinnya menjadi luar biasa. Setiap pagi suami akan menyiapkan suplemen, dan bekalan untuk ke tempat kerja. Malamnya suami masakkan makan malam. Dia hanya ingin si isteri dan bayi dalam kandungan berehat. Kadang-kadang aku merasa mual tidak mahu makan. Suami menyuapkan makanan sekali pun aku menangis berlinang air mata, dipaksa makan. Kasihan baby tak makan katanya. Nantikan Coretan seterusnya.... part [ 2 ]

Ketika kandungan berusia 7 bulan.





No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Widgets