.

.

Thursday, September 1, 2016

Hentikan Tangisan Bayi dengan 6M

Bayi yang menangis kerap, berpanjangan dan sukar ditenangkan selalu didiagnois mengalami kolik oleh doctor. Ada beberapa sebab saintifik yang dikaitkan menyebabkan kolik, di antaranya:


1)    Sistem saraf pusat bayi anda masih tidak matang dan tidak stabil dan bayi anda belum bersedia untuk menghadapi stimulasi yang tidak dijangka.
2)    Sistem gastrousus bayi anda mungkin belum lagi tidak matang. Anda mungkin sedar bahawa bayi anda berangin atau sakit terutamanya selepas menyusu atau sebelum buang air besar. 
3)    Bayi anda mungkin mengalami reaksi kecernaan atau alahan kepada susu yang diminumnya

    
Namun jika bayi anda menangis terlalu lama dan kelihatan seperti tidak normal, bawalah kepada perawat islam. Mungkin ada gangguan yang menyebabkan bayi menangis sebegitu. Dalam kitab Tuhfah al-Maudud bi Ahkam al-Maulud , Ibn Qayyim al-jawziyyah ada menyebut sebuah hadis riwayat al-Baihaqi , daripada al-Hassan bin Ali , daripada s.a.w yang bermaksud     

" Sesiapa  yang dianugerahkan seorang bayi , lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat ditelinga kirinya , maka bayi itu akan dijauhkan dari Ummu al-Sibyan. "



Apakah Pekerjaan syaitan Ummu Sibyan?

Kerja dia tak lain dan tak bukan ialah MENGGANGGU bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak (biasanya kurang dari 2 tahun).

Antara tanda-tanda mengenal Ummu Sibyan ini adalah:-

1.Bayi menangis (mata memandang ke atas / merenung sudut tertentu)
2.Kanak-kanak berjalan jatuh seakan-akan ditolak
3.Mengigau sambil MENGATIP GIGI berulang kali.
4.Demam panas HANYA selepas Asar hingga sebelum Subuh

Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan:-

1.Sawan Tangis
2.Autisme
3.Nakal
4.Terencat akal
5.Pelbagai kompilasi otak.

CARA-CARA MENGATASI KOLIK

1)    Membedong  bayi dengan erat. Ketika didalam perut kedudukan bayi adalah padat dan sempit. Meniru susasana ini boleh menenangkan bayi.


2)    Membunyikan “Sssshh…” dengan volume yang sama dengan tangisannya. Semasa didalam Rahim ibu bayi biasa mendengar bunyi bising dari system badan ibu, degupan jantung dan sebagainya. Bunyi bising didalam Rahim ibu adalah kuat seperti bunyi vacuum cleaner. Suasana bising yang mirip dengan suasana dalam kandungan boleh membantu bayi tenang

3)    Mengayun-ayun gerakan pelan dan lembut dapat menenangkan bayi. Namun jangan pernah mengoncang bayi anda. Ini BAHAYA. Kepalanya yang belum boleh disokong oleh leher boleh menyebabkan kecacatan kekal dan kecacatan otak. Jika anda tertekan baringkan bayi biarkan dia sendirian buat sementara dalam masa 5 minit atau berilah kepada orang lain. Dalam keadaan tertekan anda boleh membahayakan bayi.

4)    Mengisap Bagi sebagian besar bayi, menyusu adalah kunci untuk menggiringnya supaya lebih tenang

5)    Memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada bayi.  Jika bayi diganggu ummu sibyan, maka ayat ayat al-quran mampu melindungi bayi. Adalah lebih baik ibu bapa menmbaca sendiri di telinga kanan anak. Contoh ayat-ayat Alfatihah, Ayat Kursi, 3 qul, 10 ayat pertama surah Al-shaffat 1-10, 10 ayat pertama surah Jin.

Catatan: setiap bayi mempunyai sebab yang berbeza-beza kenapa mereka menangis sedemikian. Jangan biarkan bayi menangis terlalu lama, 5-10minit adalah tempoh yang sudah panjang. Untuk mengatasi kolik memerlukan usaha gigih dan kesabaran yang tinggi

6)    Minyak Angin. Selain itu, ibu bapa boleh menggunakan Minyak Angin Bayi Najlaa’. Minyak Angin ini telah diperkuatkan dengan bacaan Al-quran dan zikir shifa untuk memberi perlindungan kepada bayi. Selain itu minyak ini mengandungi pelbagai herba asli turun temurun yang boleh merawat masalah angin dan kembung, sesuai di jadikan urutan bayi selepas mandi.

Pertanyaan Lanjut Hubungi: 
Tel: 019-9821809


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Widgets