.

.

Thursday, September 5, 2024

TIPS MENJAGA TALI PUSAT BAYI

Penjagaan anak pasti perkara yang paling dititikberatkan oleh kebanyakan ibu bapa. Ini termasuklah tentang menjaga tunggul tali pusat bayi yang baru dilahirkan. Ketika berada di dalam rahim, tali pusat bayi berfungsi untuk memberikan mereka oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk menyokong proses tumbesaran.

Selepas dilahirkan, doktor atau bidan akan memotong tali pusat tersebut daripada plasenta dan meletakkan penyepit padanya.Tali pusat biasanya akan kekal berada bersama bayi untuk tempoh selama 7 hingga 10 hari. Sepanjang tempoh itu, tunggul tali pusat bayi akan mengering, mengecut dan bertukar menjadi hitam, kemudian tertanggal.

Elakkan Mencabut Tunggul Tali Pusat Bayi

Perkara paling penting yang harus diingatkan dalam penjagaan anak adalah untuk tidak cuba menarik tali pusat tersebut, walaupun ia kelihatan seperti akan mudah untuk dicabut. Ini kerana, ia boleh menyebabkan tempoh penyembuhan bertambah dan cenderung mengakibatkan wujudnya parut. Sebaiknya, biarkan ia tertanggal atau tercabut dengan sendiri apabila tiba masanya.

Jika tali pusat tertanggal dengan sendiri, anda mungkin akan mendapati berlaku sedikit pendarahan pada tunggul tali pusat si manja. Namun, usah bimbang. Apa yang berlaku itu dikatakan sebagai perkara biasa dan akan berhenti dengan segera.

Penjagaan Tali Pusat:

Sebelum tali pusat tertanggal, terdapat 3 cara penjagaan bayi yang perlu dilakukan seperti:

  1. Pastikan tali pusat sentiasa kering. Anda boleh membiarkan ia mengering dengan membiarkannya terdedah kepada udara.
  2. Pastikan bahagian depan lampin tidak menutupi tali pusat bayi anda.
  3. Semasa memandikan si manja, anda digalakkan untuk menggunakan span sahaja dan elakkan merendamkan bayi ke dalam tab atau besen yang mengandungi air. Tujuannya adalah untuk memastikan tunggul tali pusat sentiasa berada dalam keadaan kering.
  4. Menarik atau mencabut. Ada masanya, anda seakan tergoda untuk menarik atau mencabut tali pusat itu, kan? Apatah lagi apabila melihat ia seakan-akan mudah ditarik. Namun, perbuatan tersebut hanya akan mendatangkan kesan sampingan kepada bayi. Jadi dalam aspek penjagaan anak ini, anda harus biarkan ia jatuh dengan sendiri, okay?
  5. Ada perubatan yang mencadangkan supaya tali pusat dioles dengan spirit menggunakan kapas bersih setelah mandi, untuk menggalakkan pengeringan dan bagi mengelakkan infeksi. Anda juga boleh menggunakan herbal oil Najlaa untuk tujuan yang sama, kerana minyak ini diperbuat daripada herba-herba yang bersifat anti mikrob seperti kunyit dan daun senna.

Rawatan Doktor diperlukan untuk masalah Tali Pusat Berikut:

Pun begitu, dalam sesetengah kes, berlaku juga keadaan di mana tali pusat tidak sembuh sepenuhnya dan timbul tisu merah lembap. Selalunya ia turut mengakibatkan terbentuknya benjolan. Keadaan itu dipanggil ‘granuloma’. Ia tidak berbahaya, namun anda dinasihatkan untuk membawa bayi mendapatkan pemeriksaan doktor.

Tanda tunggul tali pusat bayi dijangkiti, 5 tanda jangkitan perlu diberikan perhatian:

  1. Kulit sekitar tunggul tali pusat bayi menjadi merah, bengkak, hangat atau lembut
  2. Keluar nanah – cecair kuning kehijauan – daripada kulit sekitarnya
  3. Wujud bau busuk yang datang daripada tali pusat
  4. Bayi mengalami demam, cerewet, berasa tidak selesa

Rawatan segera. Jangkitan tali pusat adalah rawatan kecemasan. Segera hubungi pakar pediatrik atau doktor sekiranya anda melihat tanda-tanda jangkitan tali pusat di atas.

  1. Untuk jangkitan ringan, doktor biasanya akan mengesyorkan anda untuk menggunakan salap antibiotik beberapa kali sehari pada kulit di sekitar tunggul tali pusat bayi. Contoh jangkitan ringan adalah jika terdapat pengeluaran nanah dalam jumlah yang kecil, namun keadaan anak anda kelihatan baik dan masih aktif seperti biasa.
  2. Untuk jangkitan yang lebih serius, bayi anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital dan diberi antibiotik intravena untuk melawan jangkitan.
  3. Anda perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor jika tunggul tali pusat mereka masih belum tanggal setelah 3 minggu. Ini kerana ia mungkin disebabkan berlakunya masalah kesihatan seperti jangkitan atau gangguan sistem imun.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Widgets