.

.

Sunday, January 6, 2019

3 KUNCI AMPUH KEJAYAAN HIDUP MANUSIA

3 KUNCI AMPUH KEJAYAAN HIDUP MANUSIA

Semua orang ingin berjaya. Semua orang ingin kaya berjaya. Inilah 3 kunci ampuh yang dapat membawa seseorang manusia kepada kejayaan sebenar. Kejayaan paling utuh yang sangat sukar diganggu gugat oleh sesiapa pun, atas izin Allah SWT.




KUNCI PERBENDEHARAAN DUNIA AKHIRAT

Kita hendaklah TAAT kepada Allah SWT dan Rasulnya Muhammad saw. Mengenal Allah SWT melalui sifat sifatnya (sifat 20) dan nama namanya Asmaulhusna. Mencintai, menghormati, mengEsakan Allah dan tidak menyekutukannya dengan barang sesuatu apa pun. Melaksanakan syariatNya, Beribadah sebaiknya dan mencintai apa yang dicintai Allah SWT dan membenci apa yang dibenci Allah SWT.

KUNCI IMAN DAN TAKWA

Menghayati rukun iman dan islam, serta melaksanakannya sebaik mungkin. Membaca Al Quran dan menghayati maknanya, membaca atau mendengar dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad s.a.w serta mempraktikkan sunnah nya. Berkawan dengan orang orang yang soleh. Melihat alam semesta, muhasabah dan memuji ciptaan Allah SWT. Syukur selalu, dan menjauhi tuntunan Hawa Nafsu serta jangan terleka dengan dunia.

KUNCI KEMULIAAN DAN KUNCI REZEKI

Keikhlasan, Pengasih dan Penyayang dan tidak menyakiti orang lain dengan Lisan atau Perbuatan serta berakhlak mulia. Islam mengajar kita Allah SWT tidak menzalimi manusia, manusia lah yang menzalimi diri mereka sendiri. Lantaran apabila musibah terjadi, rezeki terhalang adalah kerana dosa manusia itu sendiri. Mengapa Nabi Sulaiman adalah manusia terkaya di dunia, ini kerana Nabi Sulaiman tidak menyakiti makhluk Nya, hatta semut pun tidak dipijaknya. Islam juga mengajar jika kita menyelesaikan masalah orang lain, Allah membantu menyelesaikan masalah kita, setiap satu sedekah dibalas berkali kali ganda , doa kebaikkan untuk orang lain, didoakan kebaikkan itu oleh malaikat untuknya.

Dengan memegang ketiga tiga kunci ini secara ikhlas, tanpa rasa ujub dan bongkak, sentiasa merendah diri dan menyedari kita adalah hamba Allah yang asal usulnya dicipta dari tanah yang tiada upaya apa pun, dan dimuliakan Allah dengan kekuasaannya, lalu jadilah kita ‘manusia’ atas kebaikkan tuhan kita… Orang yang memegang ketiga tiga kunci ini, mencari kemenangan abadi di negeri akhirat, dunia dengan sendirinya datang bersujud, kata guru saya dengan izin Allah 'kun fayakun' berada dihujung lidah orang ini, pada tahap ke IKHLAS annya yang tertinggi.

Yang Benar
Najlaa BaBy Skincare

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Widgets