.

.

Saturday, December 15, 2018

KHABAR DARI MADINAH, UMRAH PART 1

Masjid Nabi s.a.w Madinah

Alhamdulillah, syukur pada Allah saya baru sahaja selesai mengerjakan Umrah yang pertama. Membawa Bersama kedua orang tua, ayah dan mak yang telah banyak berjasa dalam membesarkan saya serta adik beradik dan setia menolong saat susah dan senang.

Ini merupakan salah satu impian yang pernah saya tulis sekitar 2013 yang berbunyi begini “ jika diberi kejayaan, tempat pertama yang aku akan pergi ke luar negara adalah Mekah dan Madinah sebagai penghormatan kepada Allah yang telah memberi rezeki dengan membawa ke dua dua ibubapa”. Setelah 5 tahun, Alhamdulillah impian ini telah dimakbulkan Allah. Hanya air mata yang menitis saat kapal terbang Saudi airlines mula terbang ke udara Kuala Lumpur ke Madinah tanggal Tarikh 2 December 2018, dapat menceritakan betapa bersyukurnya dijemput ke bumi Madinah dan Mekah . Didalam hati berbisik “aku dalam perjalanan datang kepada mu ya Allah”

Mak ketika di airport

Kami seramai 24 orang Jemaah diketuai oleh CEO Mataf Travel Ustaz Ismail Baharum telah tiba di Madinah Al munawarah setelah 9jam perjalanan. Tempoh yang sangat lama, sampai ayah duduk melunjur atas kapal terbang dan aku bergerak ke kerusi lebih selesa untuk tidur. Sambil meninjau tingkap untuk memandang pemandangan dari udara, yang kelihatan  awan, langit, gunung2 tanah batu tanpa pokok dan penempatan manusia dicelah celah gunung serta kerlipan lampu. Betapa Allah maha besar, saya tak mampu nak cipta gunung sperti itu, suruh panjat pun mungkin mati, demikianlah saya menyedari…manusia terlampau lemah, tanpa Allah kita hanya debu debu tanah yang tidak berguna.

Ayah letih dalam flight

Seterusnya kami mengambil bagasi, dan menaiki bas ke concorde hotel berdekatan Masjid Nabawi. Kami tiba sekitar jam 9-10malam, makan malam dan bergegas solat isya di Masjid Nabi melalui pintu 25. Di pendekkan cerita kami tinggal selama empat hari di Madinah 2-6December 2018. Aktiviti aktiviti harian yang menjadi rutin buat jemaah adalah solat 5 waktu di masjid, iktikaf, membaca quran, berzikir dan hampir setiap hari saya cuba memasuki Raudhah.

Raudhah

Raudhah merupakan tempat istimewa yang dikhabarkan melalui hadis nabi sebagai taman taman syurga, tempatnya di antara rumah dan mimbar baginda Rasulullah s.a.w, dan kelak di akhirat di bawah mimbar tersebut terletaknya, telaga al kausar. Orang lelaki boleh memasuki raudhah bila bila masa, manakala wanita hanya dibenarkan masuk selepas subuh, zohor dan isya. Tempat ini sangat sesak, sehingga satu waktu mak tak payah berjalan kerana diusung Jemaah yang berhimpit. Raudhah ditandai oleh karpet bewarna hijau, untuk makluman semua karpet dimasjid nabawi bewarna merah. 

Ketika di Madinah kami turut melawat Taman Bani Saadah, tempat bersejarah dimana setelah kewafatan nabi s.a.w pada Isnin 12 Rabiulawal, para sahabat berkumpul di sini bermesyuarat tentang siapakah yang layak menggantikan Rasulullah s.a.w. Setelah Abu Bakar As sidiq dipilih sebagai khalifah pertama, barulah mayat baginda di kebumikan pada hari Rabu di bilik Aishah. Satu satunya tempat paling hijau di Madinah adalah taman tersebut, anda boleh rasakan udaranya sangat nyaman dan barokah.


Potret di Bani Saadah

Seterusnya menziarahi Muzium Al Quran, di sini terdapat pelbagai jenis al quran sejak dulu kala, tulisan tangan dan yang paling mengkagumkan al quran yang di tulis dengan benang oleh seorang guru dari Pakistan, beliau telah mengambil masa 30tahun lebih untuk menyiapkan keseluruhan juzuk al quran. Kami turut melawat kebun kurma, makam syuhada, bukit uhud, melewati masjid tujuh dan singgah di masjid Quba.

Produk Najlaa berlatar belakangkan masjid Quba

Masjid 7 merupakan masjid bersejarah sempena perang khandak (Teknik perang yang diusulkan salman al farisi untuk membina parit), manakala masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina Nabi Muhammad s.a.w, sesiapa yang berwudhu dari tempat tinggalnya dan datang solat dua rakaat dimasjid Quba, beroleh pahala mengerjakan umrah. Di makam syuhada, terdapatnya kubur Saidina Hamzah, singa Allah dan para syuhada lain. Di sini mereka tidak mati, malah hidup dan terdapat  aliran sungai dari syurga di bawahnya, oleh itu bagi orang yang bathin, mereka boleh merasa kehadiran roh yang kuat.

Dihadapan kubur para syuhada

Muzium Al quran

Keunikkan kota Madinah, adalah sukar untuk mencari orang menjual makanan di pasar, suatu hari saya terlepas waktu makan, rasa lapar dan telah pergi ke pasar berhampiran masjid nabawi, pasar pertama saya pusing sampai habis, tiada orang menjual makanan kecuali kurma dan kacang, tiada air, saya nampak pasar kedua yang lebih jauh, dengan menahan lapar dan dahaga berjalan jauh, berpusing lagi dan lagi, situasi sama berlaku, akhirnya pulang dengan sabar, membeli kebab dikedai  berdekatan hotel dan air jus delima. Saya belajar sesuatu di sini, saat pasar2 di Malaysia hampir 80% jual makanan, itulah puncanya kita terlebih makan dan berpenyakit.

Produk Najlaa berlatar belakangkan masjid Nabawi

Setelah hari ke empat di Madinah, suatu pagi yang menyedihkan kerana sedar inilah hari terakhir saya tinggal di Madinah, dengan rasa sedih yang tertahan saya dan mak datang memasuki Raudhah untuk solat dan berdoa, melawat makam baginda Rasulullah s.a.w, makam Abu Bakar dan makam Umar r.a buat kali terakhir sambil meninjau dari jauh, perkuburan Baqi’, iaitu perkuburan para sahabat, tabiin, syuhada, auliya dan orang orang terpilih. Setelah itu saya berhenti duduk berteleku di karpet dataran luar masjid nabawi, merenung jauh masa depan Najlaa baby Skincare. Kami kemudiannya, solat sunat ihram, mengenakan pakaian ihram dan bertolak ke mekah menaiki Bas.

Berpkaian ihram

Nantikan Khabar dari Makkah part 2.

With Love
Gee Alma
#Foundernajlaa
#NajLaa Baby Skincare


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Widgets