.

.

Sunday, November 3, 2024

PUSAT MAKLUMAT NAJLAA

NAJLAA INFO CENTRE: 

 

JEMPUT MELAWAT. KLIK LINK DI BAWAH :

 

1-    Najlaa Baby Skincare Official 

https://najlaababy-skincare.blogspot.com/

2-    Panduan Produk Najlaa

https://panduan-produk-najlaa.blogspot.com/

3-    Love - Quotes Najlaa

https://welove-najlaa.blogspot.com/

4-    Testimoni Najlaa

https://testimoni-najlaa.blogspot.com/

5-    Cerita Pengguna Najlaa

https://lovestory-najlaa.blogspot.com/

6-    Info Bayi Sihat (Tips)

https://info-bayi-sihat.blogspot.com/

7-    Baby Care. Breastmilk

https://babycare-breastmilk.blogspot.com/

8-    Penjagaan Bayi Najlaa

https://penjagaanbayi-najlaa.blogspot.com/

9-    Manfaat Herba

https://herba-manfaat.blogspot.com/ 

 

--------------------- TERIMA KASIH---------------------


Thursday, September 5, 2024

TIPS MENJAGA TALI PUSAT BAYI

Penjagaan anak pasti perkara yang paling dititikberatkan oleh kebanyakan ibu bapa. Ini termasuklah tentang menjaga tunggul tali pusat bayi yang baru dilahirkan. Ketika berada di dalam rahim, tali pusat bayi berfungsi untuk memberikan mereka oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk menyokong proses tumbesaran.

Selepas dilahirkan, doktor atau bidan akan memotong tali pusat tersebut daripada plasenta dan meletakkan penyepit padanya.Tali pusat biasanya akan kekal berada bersama bayi untuk tempoh selama 7 hingga 10 hari. Sepanjang tempoh itu, tunggul tali pusat bayi akan mengering, mengecut dan bertukar menjadi hitam, kemudian tertanggal.


Tuesday, September 3, 2024

TIPS IBU BAPA SEBELUM BAYI LAHIR

 Sebelum Bayi Lahir

Anda akan menjadi ibu dan bapa – detik paling istimewa dalam hidup anda!. Bayi memerlukan perhatian dan penjagaan khusus, kerana tubuh badan bayi yang lemah dan tidak mampu menjaga diri sendiri. Kehadiran bayi baru akan menyebabkan perubahan besar dalam kehidupan ibu bpanya. Oleh itu anda hendaklah mempunyai ilmu untuk menjaga bayi, menjadi ibu bapa dan membuat persediaan awal, supaya tidak berlaku sebarang masalahdan membolehkan anda hidup lebih tenang. Berikut adalah beberapa Langkah:  


Saturday, August 31, 2024

PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR: STRATEGI UNTUK IBU BAPA

Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk - namun begitu, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas ini. Penjagaan kesihatan bayi yang lain termasuklah penjagaan kulit bayi, memahami tangisan bayi dan membantu dalam perkembangan bayi.

Aktiviti harian akan menjadi sibuk selepas kelahiran bayi. Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk – namun begitu, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas ini. Penjagaan kesihatan bayi yang lain termasuklah penjagaan kulit bayi, memahami tangisan bayi dan membantu dalam perkembangan bayi.


MERAWAT RUAM LAMPIN

Ruam Lampin

Ruam kerap terjadi di celah paha atau di bawah bahagian getah lampin. Geseran atau kerengsaan. Ia adalah penyebab biasa berlakunya ruam lampin, pada bahagian di mana lampin tersebut bersentuh/bergeser dengan kulit, lampin yang dipakaikan terlalu ketat atau dibiarkan terlalu lama. Ruam kerap terjadi di celah paha atau di bawah bahagian getah lampin.

Biasanya ruam ini mudah sembuh dengan penukaran lampin secara kerap dan mengeringkan kawasan tersebut.


Friday, August 30, 2024

Penjagaan Bayi Selsema

Selesema

Apakah itu selesema? Iaitu satu jangkitan pada hidung dan tekak. Biasanya disebabkan oleh virus. Ia adalah satu penyakit yang sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berusia sehingga 2 tahun. Hampir semua kanak-kanak mendapat banyak kali selesema dalam setahun dan kadar ini akan lebih lagi berlaku kepada mereka yang tinggal di rumah asuhan kanak-kanak, rumah kebajikan dan sekolah.


MENANGIS BERTERUSAN

Menangis berterusan adalah masalah bayi yang biasa kepada ibubapa atau penjaga bayi baru lahir atau bayi berusia kurang dari satu tahun. Menangis adalah satu cara bayi berhubung untuk menunjukkan mereka mempunyai masalah atau tidak selesa.


Wednesday, August 28, 2024

PENJAGAAN BAYI KUNING (JAUNDIS)

Kekuningan pada Bayi Baru LahirJaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.



Apa itu jaundis?

Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.

Apa itu bilirubin?

Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Adakah sering terjadi jaundis di kalangan bayi?

Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

Jenis-jenis jaundis pada bayi dan penyebabnya?

Fisiologi jaundis.
Jaundis fisiologi adalah jenis jaundis sering terjadi kepada bayi dan tidak berbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

Patologi jaundis.
Jaundis patologi berlaku pada hari pertama kelahiran (kurang 24 jam). Sebab-sebab: Ketidak serasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’).

Defisiensi G6PD pada bayi.
Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.
Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.

Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?

Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:Susu ibu (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak berbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional. Bayi selalunya aktif, berat badan meningkat dan najis berwarna kuning.Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat (Biliary Atresia). Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi.Kekurangan hormon tiroid (congenital hypothyroidism). Kes ini sangat jarang, satu daripada 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Siapakah yang berisiko mendapat jaundis neonatal teruk?

Bayi lahir pra-matangBerat bayi rendahJaundis dalam tempoh 24 jam kelahiranIbu kumpulan darah ‘O’ atau Rhesus negatifG6PD deficiencyCephal haematoma (benjolan darah beku di kulit kepala)Bayi kepada ibu diabetesSejarah anak yang lalu jaundis terukHaruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?
Bayi anda mungkin sihat jika : Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk. Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk. Bayi anda sihat dan aktif. Walau bagaimanapun, sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.

Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?

Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.Peningkatan kekuningan yang cepat.Bayi anda mengalami defisiensi G6PD.Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.

Apakah yang doktor akan lakukan?

Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.
Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?Gangguan pendengaran di mana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.Kerosakan otak yang teruk (kernicterus).Oleh itu, intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Apakah rawatan yang diberikan?

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu: Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya. Rawatan foto pada bayi yang mengalami jaundis. Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus-menerus kerana ini membahayakan bayi anda.

Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk mendapat jaundis yang teruk. Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.

Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?

Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut di klinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran. Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.

Apendiks. Senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh penghidap defisiensi G6PD:Makanan : kacang parangHerba cina yang tertentuUbat-ubatan (rujuk doktor untuk senarai yang lengkap)Antibiotik seperti sulfamethozazol, nalidiixic acidBahan kimiaUbat gegat (jangan gunakan pada pakaian)

Penulis :Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo, Dr. Leow Poy Lee (myhealth.gov)

Tuesday, August 27, 2024

MANFAAT MINYAK BUAH KEPALA


 Baby Balm dan Herbal Oil Najlaa merupakan produk bayi paling Trending masa kini. Manfaat kesihatannya diakui segenap masyarakat. Salah satu kandungan Baby balm dan Herbal Oil ialah ektraks buah pala.

Minyak Buah Pala turut dikenali sebagai muscdier, muskatbaum, myristica dan noz moscada. Manfaat kesihatan minyak buah pala termasuk:

       keupayaan untuk merawat tekanan (stress)

       mengurangkan sakit senggugut, 

       menangani masalah jantung, 

       membantu masalah pencernaan, seperti sakit perut, angin, muntah

       mengurangkan tekanan darah tinggi, 

       membantu masalah respiratori atau pernafasan. Seperti batuk, selsema, asma, sesak nafas

       Bagus untuk penjagaan gigi. Menhilangkan nafas yang berbau. 

       menyembuhkan kembong perut

       Sedative berkesan. Oleh itu ia membantu mengurangkan rasa sakit pada otot dan sendi. Serta meredakan bengkak dan benjol

       Merupakan stimulant. Menjadikan minda lebih segar, badan yang selesa dan melancarkan pengaliran darah

       Tonik otak yang bagus.Mengurangkan tekanan, kerisauan. Meningkatkan konsentrasi dan kemampuan belajar

       Mendetoks hati dengan membuang toksin-toksin

       Bagus untuk melancarkan buah pingang dan merawat batu karang

       Manfaat kesihatan minyak buah pala dikaitkan dengan ciri-ciri perubatan yang terkandung didalamnya seperti peranan sebagai sedatif, anti-radang, antiseptik, dan antibakteria serta memberi kesan relaxing.

               Produk yg Hebat, Dicipta daripada Bahan Bahan yg mempunyai khasiat perubatan yg Hebat


Monday, August 26, 2024

MANFAAT DAUN SENNA

 

Apabila terdedah pencemaran alam sekitar dan bahan kimia kulit menjadi rosak dan mendatangkan gejala gejala penyakit lain.

Kami di Najlaa Baby Skincare. Telah menghasilkan Sakura soap, Serum dan Herbal cream menggunakan daun senna. Berikut manfaat senna kepada kulit:

1. Anti-Radang:

Minyak pati, resin dan tanin dalam senna, boleh mengurangkan keradangan kulit.

Menyembuhkan kurap, luka, ruam, gatal gatal, ekzema dan kesan terbakar.

2. Merawat Jangkitan kulit:

Kandungan anti-bakteria senna boleh membantu dalam merawat penyakit kulit seperti jerawat dan ekzema.

Kandungan Aseton dan etanol di dalam senna boleh melawan mikroorganisma yang menyebabkan jerawat,kurap, jangkitan kulat.

3. Sangat baik untuk Mengatasi Sembelit.

Kandungan senosida pada daun senna mampu mempercepat proses pencernaan dan meningkatkan peristaltik usus.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Widgets