.

.

Tuesday, January 1, 2019

SELAMAT ! TAHUN BARU 2019

Selamat Tahun Baru 2019. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah taala yang masih memanjangkan usia untuk bertemu tahun 2019. Sejujurnya pada tahun 2018 banyak memberi pelajaran kepada kehidupan saya. Banyak perkara yang saya pelajari tentang hidup ini


Pertama tentang hidup sebenar ini, pada ketika begitu mementingkan tarikh dateline, temujanji, tapi apabila waktu solat dilewat dilewatkan, atau pada ketika berhadapan dengan orang begitu beradab, cantik bajunya, lembut tutur kata, tapi apabila beribadah, kain sembahyangnya lunyai, membaca Quran dengan suara yang entah apa...Tertanya tanya Apakah Allah itu terlalu rendah kedudukkannya lebih dari manusia, sehinggakan diperlaku sedemikian. Bukan kah Allah yang memberi Rezeki, melindung dari bahaya, menjaga setiap detik, lebih teliti penjagaan Nya dari seorang ibu paling mithali di dunia... Lalu kenapa ? Apakah ini munafik...

Kedua tentang Anak Anak yang sedang membesar, perang Gadget antara isu kemenangan Tahun 2018. Di mana Alhamdulillah anak anak berjaya dikekangkan dari henpon, laptop dan Tv. Mereka lebih banyak melakukan aktiviti sebenar. Tahun saya belajar untuk memberi lebih perhatian kepada anak anak. Dan 2019 membawa fasa yang berbeza, apabila dua anak yang dulu kecil saja, kini sudah memasuki sekolah rendah, pola pemikiran yang berbeza, memerlukan kawan dan perhatian, pendapat yang perlu diambil kira, dan mainan bukan lagi untuk mereka.

Ketiga sepastinya NajLaa Baby Skincare kesayangan tuan hamba, Pada tahun 2018 dan beberapa tahun sebelumnya, kami sering kali membuat penambahbaikkan formula, dan formula 2018 antara yang terbaik pernah dilakukan. Insyaallah saya akan masih meneliti produk yang sedia ada dan 2019 memandangkan saya sendiri berada di usia 30an dan berhadapan dengan isu isu kewanitaan, seperti imej, sakit sakit badan, kecantikkan. Mungkin 2019 ini tahun fokus untuk Wanita dan Kanak Kanak.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua ahli ahli NajLaa yang telah banyak membantu menyebarkan kebaikkan produk Najlaa, membantu anak anak kecil yang sakit untuk sembuh, menggantikkan kesakitan dengan keceriaan atas izin Allah taala, hanya tuhan dapat membalas jasa baik mereka, saya berharap tahun 2019 ini, lebih ramai yang berjaya bersama Najlaa Baby Skincare, impian mereka tercapai, hidup yang lebih bahagia. Aamiin. Saya percaya dengan sikap positif dan optimis pada ahli ahli Najlaa, serta impian mereka untuk membantu lebih ramai anak kecil hidup sihat, akan membawa perubahan lebih baik kepada dunia.

Dikesempatan ini juga Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengguna pengguna NajLaa Baby Skincare, moga anda dan keluarga diberi kesihatan yang baik oleh Allah taala dan disembuhkan dari penyakit. Aaamiinn. Saya doakan buat semua menjalani tahun baru 2019 dengan penuh rahmat dari Allah swt, diberikan rezeki melimpah ruah dan setiap azam dan impian nya tercapai. Untuk yang setia bersama NajLaa Baby Skincare, saya doakan kita jadi lebih produktif, lebih efisyen, lebih hebat dalam apa jua yang kita lakukan serta lebih banyak kejayaan yang berjaya digenggam 2019 ini. Aamiinn

SELAMAT TAHUN BARU 2019
Founder NajLaa Baby Skincare 
Gee Alma

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Widgets